Saturday, April 11, 2009

PENGAJIAN DEGREE PERUBATAN, PERGIGIAN & FARMASI

1) Permohonan

Permohonan dibuka mulai sekarang kepada semua pelajar beragama Islam.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2009.

2) Kelayakan

a) Lulus SPM sekurang-kurangnya gred B4 dalam matapelajaran Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris; ATAU

b) A Level England dalam matapelajaran yang berkaitan; ATAU

c) Kelayakan-kelayakan lain yang berkaitan boleh dipertimbangkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti.

3) Tarikh Berlepas ke Mesir

Penerbangan dirangkakan bermula pada minggu ke-3 September 2009. Kuliah akan bermula pada awal Oktober 2009.

4) Keistimewaan Program Bersepadu

Program Bersepadu ini mencakupi pengajian tajwid, hafazan Al-Qur`an dan pengajian ilmu-ilmu Islam, kursus motivasi dan pembinaan saksiah diri dan profesional di samping pengajian utama perubatan/pergigian/farmasi. Di akhir pengajian degree, pelajar-pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri/Pergigian/Farmasi dan Sijil Pengajian Islam. Program bersepadu ini berhasrat untuk melahirkan ‘Profesional yang Berteraskan Ilmu, Bertunjangkan Iman, Bersifat Taqwa dan Beramal Soleh’.

5) Tempoh Pengajian

a) Perubatan (6 tahun)

b) Pergigian (5 tahun)

c) Farmasi (5 tahun)

6) Kursus Persediaan

a) Pelajar-pelajar dikehendaki menghadiri kursus persediaan ini selama/bagi tempoh 2 – 4 minggu sebelum berlepas ke Mesir. Tarikh sebenar dan tempat kursus ini akan dimaklumkan kemudian.

b) Kursus Bersepadu ini diurus oleh Akademi Al-Qur`an – Medic Malaysia bersama dengan universiti yang berkenaan.

7) Akademi

Akademi Al-Qur`an – Medic Malaysia ialah sebuah institusi pendidikan yang mengurus program persediaan, permohonan dan kemasukan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perubatan/Pergigian/Farmasi di universiti-universiti di Republik Arab Mesir. Akademi mempunyai pegawai tetap yang berpengalaman berkhidmat menguruskan hal ehwal pelajar di Mesir. Akademi Al-Qur`an – Medic Malaysia juga bersedia untuk berusaha membantu pelajar-pelajar yang cemerlang dari keluarga miskin untuk mendapatkan bantuan.

8) Majlis Taklimat

Taklimat akan disampaikan oleh Prof. Dr Saad El-Osh, Dekan Fakulti Perubatan, Universiti Zagazig, Mesir dan wakil Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar pada dua tarikh berikut:

Tarikh: 10 April 2009 (Jumaat)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Kompleks Al-Hikmah – ABIM, Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan

Tarikh: 12 April 2009 (Ahad)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Dewan Kuliah, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi

9) Cara memohon

Isi borang permohonan dan hantarkan kepada wakil Akademi: Al Hamra Management & Consultancy Services – 019-269 4520 @ 019-745 0257

Hubungi kami sekiranya borang ingin dikirim melalui pos, faks atau e-mel.

10) Program Semasa Cuti Panjang (Julai – September)

a) Di Mesir - program Kecemerlangan Akademik dan Bina Saksiah.

b) Di Malaysia - program Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat anjuran bersama Akademi Al-Qur’an – Medic Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA) iaitu bersama pakar-pakar perubatan.

c) Program Umrah (atas perbelanjaan sendiri).

11) Keterangan lanjut, sila hubungi wakil Akademi:

a) Tel: 019-269 4520 (Selangor) @ 019-745 0257 (Johor)

b) Emel: mdarifma@streamyx.com

YURAN

Yuran keseluruhan Tahun Pertama adalah sejumlah RM18,000.00, tidak termasuk kos sara hidup. Jadual Tindakan Pembayaran disertakan.

Berikut adalah perincian perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan oleh pihak Akademi Al-Qur`an - Medic Malaysia (AQM) dengan kos RM18,000.00 tersebut:

1) Pendaftaran dengan pihak Akademi:

a) Yuran

i) Pendaftaran pelajar

ii) Permohonan dengan universiti

iii) Proses kemasukan

iv) Perundingan

b) Dokumentasi & Fail – mengumpul dan menguruskan penyusunan dokumen yang berkaitan dan membuka satu fail individu pelajar.

2) Permohonan:

a) Berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.

b) Berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir (Wafiddin).

c) Berurusan dengan pihak universiti – sehingga mendapat surat tawaran.

d) Berurusan dengan Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Mesir.

3) Terjemahan sijil Surat Beranak, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain sijil yang berkaitan daripada Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris kepada Bahasa Arab.

4) Kemasukan:

a) Urusan dan pembayaran visa untuk memasuki Mesir.

b) Berurusan dengan pihak KPT Malaysia, KPT Mesir dan universiti.

5) Tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Kaherah.

6) Pengangkutan dan logistik:

Daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke tempat penginapan.

7) Penginapan pelajar:

a) Deposit sewa rumah ditanggung oleh AQM.

b) Sewa rumah selama 2 bulan pertama ditanggung oleh AQM.

8) Pendaftaran dengan universiti:

a) Berurusan dengan Fakulti Perubatan/Pergigian/Farmasi, Universiti yang berkenaan di Mesir.

b) Berurusan dengan pihak Pendaftar Universiti.

c) Berurusan dengan pihak Bendahari Universiti.

9) Yuran Universiti:

a) Bayaran yuran pengajian Tahun 1.

b) Buku teks Tahun 1 diberikan.

10) Kebajikan:

a) Pemantauan khusus dengan pihak akademik Fakulti Perubatan/Pergigian/Farmasi berkenaan urusan pencapaian akademik dan kebajikan pelajar.

b) Keterlibatan pelajar dengan Badan Kebajikan Pelajar AQM, diseliaurus oleh Pengurus Hal Ehwal Pelajar (HEP) AQM Mesir dan diselaraskan oleh Penyelaras HEP AQM di peringkat universiti. Khidmat yang ditawarkan:

i) Khidmat nasihat penempatan pelajar.

ii) Bimbingan dan urusan berkenaan isu keselamatan pelajar dengan pihak keselamatan/berkuasa di Mesir.

iii) Pinjaman atau bantuan ehsan kewangan melalui Tabung Darurat AQM bagi pelajar yang benar-benar mengalami masalah kewangan untuk sara hidup.

c) Pelajar mengadakan Study Smart Circle secara mingguan dan mengikuti Kelas Bimbingan Akademik dan Pembinaan Sahsiah sebulan sekali.

d) Program Motivasi: Kecemerlangan Akademik dan Bina Sahsiah Pelajar yang akan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun. Pakar motivasi dan pembimbing antaranya dikalangan doktor pakar dan perunding akan dibawa dari Malaysia.

JADUAL TINDAKAN PEMBAYARAN

(dibayar atas nama Akademi Al-Qur`an – Medic Malaysia).

BAYARAN

TINDAKAN

RM2,000.00

Ketika membuat permohonan

RM8,000.00

Sejurus mendapat surat tawaran belajar

RM8,000.00

Sebulan sebelum penerbangan

Sara hidup dianggarkan RM500.00 sebulan di Zagazig & RM650.00 sebulan di Kaherah adalah dibawah tanggungan pelajar sendiri.



Untuk makluman Ibu Bapa

Yuran tahun pertama

Ibu Bapa boleh memohon pengeluaran EPF (sekiranya mencukupi). InsyaAllah

Kemaskini: 27 Februari 2009